Saya bersekolah rendah pada tahun 1970an. Kanak-kanak zaman itu (termasuk saya) begitu asing dengan pohon kelapa sawit kerana kawasan kampung kami hanya dipenuhi dengan pohon kopi, kelapa, getah dan koko. Perhubungan awam agak sukar dan kemiskinan menghambat kami dari keluar jauh dari kampong untuk melihat pohon tersebut yang ditanam secara pesat oleh para peneroka Felda. Mujurlah ketika itu terdapat sepohon kelapa sawit di hadapan rumah (arwah) Tuan Hj Jailani, kg Belahan Tampok. Pokok itulah menjadi tempat rujukan anak-anak kampong mengenal pokok kelapa sawit.
Setelah pekebun sawit menjadi tumpuan pekebun saya cuba membuat perbandingan sawit dengan tamar untuk perbincangan dan pengetahuan kita bersama.
Pokok tamar yang ditanam dalam iklim lembap seperti Malaysia boleh hidup dan berbuah hingga usia 75 tahun. Pohon tamar yang hidup di padang pasir atau kawasan beriklim kering pula mampu bertahan hingga usia 90 tahun untuk hidup dan berbuah.
Segala usaha sedang di buat untuk menyiapkan halaman ini secepat mungkin sebagai rujukan dan panduan peminat, pengusaha dan perdagangan tamar di Malaysia. Sehubungan itu kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan panggilan-panggilan yang tidak dapat di jawab kerana buat masa ini kami menerima terlalu banyak pertanyaan dan tempahan berkenaan projek tersebut. Sehubunga itu kami menyarankan pihak anda menghantar sms : "berminat tanam tamar" dengan disertakan nama, alamat dan no telefon untuk dihubungi kepada petugas kami :
Cikgu Adi : 013-7251546
Cik Siti Izyan : 017-7064645
Tiada ulasan:
Catat Ulasan