Tamar atau sebutan lazimnya Kurma merupakan sejenis buah dari sejenis tumbuhan spesis palma yang kebiasaannya hidup dikawasan kering dan berpasir. Dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera buah tamar boleh dimakan sama ada sesudah masak atau mentah. Penduduk di kawasan timur tengah telah menjadikan tamar sebagai makanan utama yang digemari sejak berkurun-kurun lamanya. Selain dari kelazatan lemak manisnya tamar merupakan sejenis buah yang mengandungi pelbagai zat dan tahan lama. Antara kelebihan yang terkandung dalam setiap biji buah tamar ialah :
Makanan sunah ketika kelahiran bayi
Menyapu manisan kurma pada bayi yang baru lahir boleh membawa keberkatan pada sesaorang dalam kehidupannya sebagaimana terjemahan riwayat Abu Musa ( ra ). katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
Penambah tenaga seksual lelaki dan kesihatan wanita
Khasiat buah tamar sudah di ketahui beratus-ratus tahun sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Buah tamar diperkaya dengan kandungan vitamin A dan C. Menurut catatan silam, buah kurma yang dimakan bersama biji badam, daging kambing dan madu mampu memanaskan tubuh dan mengaktifkan sel-sel tenaga kebatinan dalam tubuh sesaorang lelaki sementara buah kurma yang dimakan bersama madu dan kismis mampu menambah tenaga dalaman wanita.
Pencegah barah dan meningkatkan daya kesihatan tubuh
Setiap biji tamar mengandungi jalinan serat yang bertindak sebagai pencegah barah usus besar. Secara tidak langsung memakan tamar akan melawaskan penghadaman. Kandungan vitamin A dan C yang tinggi juga bertindak meremajakan kulit dan mengaktifkan sel kulit untuk melindungi tubuh dari serangan penyakit. Zat galian dalam tamar yang dikenali sebagai potasium juga berguna membina kekuatan sistem saraf. Kepelbagaian tamar dalam mengawal kesihatan menyebabkan tamar digelar excellant source atau sumber mujarab untuk imunisasi. Kajian mendapati kandungan potasium dalam tamar adalah melebihi jumlah yang terkandung dalam susu lembu, yogurt dan makanan laut.Pencegah barah dan meningkatkan daya kesihatan tubuh
Segala usaha sedang di buat untuk menyiapkan halaman ini secepat mungkin sebagai rujukan dan panduan peminat, pengusaha dan perdagangan kurma di Malaysia. Sehubungan itu kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan panggilan-panggilan yang tidak dapat di jawab kerana buat masa ini kami menerima terlalu banyak pertanyaan dan tempahan berkenaan projek tanam tamar. Bagi memudahkan kami menghubungi pihak Tuan / Puan yang berminat, sila hantar sms : "berminat tanam tamar" dengan menyertakan nama, alamat dan no telefon untuk dihubungi pada petugas kami :
Cikgu Adi : 013-7251546
Cik Siti Izyan : 017-7064645
Tiada ulasan:
Catat Ulasan