Rabu, 25 Mac 2015

Peluang menjadi pekebun tamar di Malaysia


Penyelidikan Sains serta  kejayaan pengklonan menyaksikan usaha menanam tamar di Malaysia bukan lagi suatu perkara mustahil. Pengolahan yang lebih mudah berbanding tanaman kelapa sawit membawa potensi cerah tanaman palma padang pasir ini untuk menjadi pilihan majoriti pekebun Malaysia pada masa akan datang .


sila lawat sesawang :
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Pulangan hasil melebihi RM 50,000 setahun berbanding  RM 10,000 bagi setiap ekar boleh menjadi penyebab utama perubahan iklim  para pekebun di Malaysia pada masa hadapan.

sila lawat sesawang :
http://syfultamar.blogspot.com/2014/02/selesai-sudah-alih-tanam.html


Pihak kami mengucapkan terima kasih pada semua yang berminat untuk penanaman kurma di malaysia. Kami mohon maaf jika tidak dapat melayani semua pertanyaan dan permohonan secepat mungkin kerana peningkatan jumlah  individu yang berminat untuk menanam kurma pada saat ini mencurah-curah hingga kami terpaksa mengutamakan pertanyaan melalui majlis promosi berkumpulan dan melayani permohonan secara sistem giliran menunggu. Sehubungan itu pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul  dan panggilan-panggilan yang tidak dapat di jawab atas kadar segera. Kami mencadangkan untuk kemudahan bersama agar menghantar sms  "berminat tanam kurma" beserta namaalamat dan no telefon untuk mendapatkan maklumat lanjut perojek ini pada :
    Cikgu   Adi    : 013-7251546
    Cik Siti Izyan : 017-7064645


Tamar sebagai penghasilan berbanding sawit


Saya bersekolah rendah pada tahun 1970an. Kanak-kanak zaman itu (termasuk saya) begitu asing dengan pohon kelapa sawit kerana kawasan kampung kami hanya dipenuhi dengan pohon kopi, kelapa, getah dan koko. Perhubungan awam agak sukar dan kemiskinan menghambat kami dari keluar jauh dari kampong untuk melihat pohon tersebut yang ditanam  secara pesat oleh para peneroka Felda. Mujurlah ketika itu terdapat sepohon kelapa sawit di hadapan rumah (arwah) Tuan Hj Jailani, kg Belahan Tampok. Pokok itulah menjadi tempat rujukan anak-anak kampong mengenal pokok kelapa sawit. 
Setelah pekebun sawit menjadi tumpuan pekebun saya cuba membuat perbandingan sawit dengan tamar untuk perbincangan dan pengetahuan kita bersama.


Pokok tamar yang ditanam dalam iklim lembap seperti Malaysia boleh hidup dan berbuah hingga usia 75 tahun. Pohon tamar yang hidup di padang pasir atau kawasan beriklim kering pula mampu bertahan hingga usia 90 tahun untuk hidup dan berbuah. 



Segala usaha sedang di buat untuk menyiapkan halaman ini secepat mungkin sebagai rujukan dan panduan peminat, pengusaha dan perdagangan tamar  di Malaysia. Sehubungan itu kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul  dan panggilan-panggilan yang tidak dapat di jawab kerana buat masa ini kami menerima terlalu banyak pertanyaan dan tempahan berkenaan projek tersebut. Sehubunga itu kami menyarankan pihak anda menghantar sms : "berminat  tanam tamar" dengan disertakan nama, alamat dan no telefon untuk dihubungi  kepada petugas kami :
    Cikgu      Adi : 013-7251546
    Cik Siti Izyan : 017-7064645



Kelebihan buah Tamar


Tamar atau sebutan lazimnya Kurma merupakan sejenis buah  dari sejenis tumbuhan spesis palma yang kebiasaannya hidup dikawasan kering dan berpasir. Dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera buah tamar boleh dimakan sama ada sesudah masak atau mentah. Penduduk di kawasan timur tengah telah menjadikan tamar sebagai makanan utama yang digemari sejak berkurun-kurun lamanya. Selain dari kelazatan lemak manisnya tamar merupakan sejenis buah yang mengandungi pelbagai zat dan tahan lama. Antara kelebihan yang terkandung dalam setiap biji buah tamar  ialah :  




Makanan sunah ketika kelahiran bayi
Menyapu manisan kurma pada bayi yang baru lahir boleh membawa keberkatan pada sesaorang dalam kehidupannya sebagaimana terjemahan riwayat   Abu Musa ( ra ). katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”




Penambah tenaga seksual lelaki dan kesihatan wanita
Khasiat buah tamar sudah di ketahui beratus-ratus tahun sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Buah tamar diperkaya dengan kandungan vitamin A dan C. Menurut  catatan silam, buah kurma yang dimakan bersama biji badam, daging kambing dan madu mampu memanaskan tubuh dan mengaktifkan sel-sel tenaga kebatinan dalam tubuh sesaorang lelaki sementara buah kurma yang dimakan bersama madu dan kismis mampu menambah tenaga dalaman wanita.  


Pencegah barah dan meningkatkan daya kesihatan tubuh
Setiap biji tamar mengandungi jalinan serat yang bertindak sebagai pencegah barah usus besar. Secara tidak langsung memakan tamar akan melawaskan penghadaman. Kandungan vitamin A dan C yang tinggi juga bertindak meremajakan kulit dan mengaktifkan sel kulit untuk melindungi tubuh dari serangan penyakit. Zat galian dalam tamar yang dikenali sebagai potasium juga berguna membina kekuatan sistem saraf. Kepelbagaian tamar dalam mengawal kesihatan menyebabkan tamar digelar excellant source atau sumber mujarab untuk imunisasi. Kajian mendapati kandungan potasium dalam tamar adalah melebihi jumlah yang terkandung dalam susu lembu, yogurt dan makanan laut.


Segala usaha sedang di buat untuk menyiapkan halaman ini secepat mungkin sebagai rujukan dan panduan peminat, pengusaha dan perdagangan kurma di Malaysia. Sehubungan itu kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul  dan panggilan-panggilan yang tidak dapat di jawab kerana buat masa ini kami menerima terlalu banyak pertanyaan dan tempahan berkenaan projek tanam tamar. Bagi memudahkan kami menghubungi pihak Tuan / Puan yang berminat, sila  hantar sms : "berminat tanam tamar" dengan menyertakan nama, alamat dan no telefon untuk dihubungi  pada petugas kami :
    Cikgu  Adi      : 013-7251546
    Cik Siti Izyan : 017-7064645